Description
Bantu Danish Pulih: Ayahnya Buta, Dia Tempat Keluarga Bergantung
“Aku ayah yang buta, dan aku tak mampu berbuat apa-apa melihat anak aku menahan sakit.”
Begitulah rayuan seorang bapa kepada kita semua.
Pada 27 September lalu, kira-kira jam 12.30 pagi, Danish terlibat dalam kemalangan di u-turn Tangkak, berhampiran simpang Sagil. Malam itu jalan gelap, hujan renyai dan lampu jalan tidak menyala.
Danish dibawa ke hospital dan menjalani x-ray. Dia dimaklumkan tiada tulang yang patah dan dibenarkan pulang, walaupun ketika itu dia sudah tidak mampu berdiri.
Dua minggu menahan sakit
Selama dua minggu Danish hanya terbaring di rumah dan terpaksa memakai lampin untuk membuang air. Keluarganya hanya mampu melihat. Bapanya buta dan ibunya tidak memandu, jadi ke mana-mana pun mereka bergantung pada Grab dan ihsan orang sekeliling.
Akhirnya mereka mendapatkan pendapat kedua di sebuah klinik swasta di Muar. Di situ barulah disahkan bahawa pelvik Danish patah.
Pembedahan dan pemulihan
Danish dirujuk ke Hospital Seremban dan menjalani pembedahan selama 10 jam. Doktor menjangkakan dia memerlukan 3 hingga 4 bulan untuk pulih sepenuhnya. Sepanjang tempoh itu dia tidak boleh bekerja.
Ibunya setia menemani Danish di sisi, manakala bapanya hanya mampu berdoa.
“Sebab aku buta, anak ini tempat aku bergantung. Tapi dia terpaksa berehat seketika.”
Ke mana sumbangan anda disalurkan
Kos pembedahan: kira-kira RM10,000
Perbelanjaan bulanan sepanjang pemulihan: anggaran RM3,000 hingga RM4,000 sebulan, termasuk pengangkutan, rawatan susulan dan keperluan harian
Rayuan seorang ayah
“Sahabat yang jiwanya penuh cinta kasih tanpa batas, aku minta maaf kerana terpaksa merayu begini. Kalau kamu ada anak, kamu faham hati aku macam mana, kan?
Terima kasih kepada sahabat yang sudah menghulur tangan. Kamu tak tahu betapa besarnya erti sumbangan kamu pada kami. Kami doakan kamu semua dilimpahi rezeki dan sentiasa dirahmati Allah sekeluarga.”
Bagaimana anda boleh membantu
Berapa pun jumlahnya, ia sangat bermakna. Jika anda tidak mampu menyumbang, kongsikan kempen ini. Satu perkongsian mungkin sampai kepada insan yang mampu membantu.
Cara Menyumbang:
Klik butang Donate. Anda boleh menyumbang serendah RM5.00
Setiap sumbangan, kecil atau besar, sangat bermakna. Semoga Allah membalas jasa baik tuan dan puan dengan keberkatan yang berlipat ganda.
Jazakumullahu khairan kathira!
