Description
Tabung Pendidikan Adik Khadijah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Cik Khadijah yang kini dibawah jagaan datuknya telah berjaya mendapat tempat pengajian di UITM Puncak Alam dalam jurusan Ijazah Perniagaan Antarabangsa.
.
Datuknya hanya berpendapatan sebagai Tok Siak di Masjid Kampung Budiman. Kami sedang mengusahakan duit belanja harian untuk Adik Khadijah. Pihak masjid juga ada menyumbang untuk keperluan Adik Khadijah seperti laptop. Jika sesiapa yang ingin menambah dan membantu, kami sangat mengalu-alukan untuk memberi motivasi kepada adik Khadijah dan supaya beliau dapat fokus dalam pelajarannya.
Cara Menyumbang:
Klik butang Donate. Anda boleh menyumbang serendah RM5.00
Setiap sumbangan, kecil atau besar, sangat bermakna. Semoga Allah membalas jasa baik tuan dan puan dengan keberkatan yang berlipat ganda.
Jazakumullahu khairan kathira!